Tuesday, 23 October 2012

Jerut


animasi bergerak ikan
Asalammualaikum dan salam sejahtera semua, lama jugak tak menjengok rumah maya ini. Maklumlah ada komitmen yang perlu didahulukan tugas dan tanggungjawab sebagai suami, bapa jadi kita dahulukan yang sepatutnya dan ada yang lebih besar dan berat lagi tugas insan kepada penciptanya. Hari saya nak kongsikan pasal ikan. Saya ini bukanlah penternak dan nelayan jaya hehe... tapi sekadar memenuhi kegemaran, kesukaan, hobi dan sewaktu dengannya berkaitan dengan ikan.  Sebut dan cakap pasal ikan ada yang gemar makan,kumpul,pelihara,penghasilan produk dan sebagai sumber pendapatan. Saya ni dalam katogeri menangkap ikan kadang-kadang tu jadi produk juga ikan itu, dibuat pekasam. 

Nak menjala tak pandai cuba tebar memang terangkat la jala itu, tapi kembangnya tidak sabalik jadi macam batang kayu lurus je. Masa itu ikut kawan kebetulan dia kerja Jabatan Parit Saliran (JPS) ada masa free jadi je pergi ke sungai, anak sungai semua jadi tempat cari ikan. Saya ini masa tu orang baru tukang bawa bekas kutip ikan aje la. Tapi rasa macam saya yang menjala punya la seronoknya tengok ikan bila dah naik keatas darat. Selain daripada menjala kawan saya ini memang kreatif orangnya bukan sekadar teknik menjala yang dia buat bagi mendapatkan ikan tu tapi ada sesuatu yang baru saya lihat pada ketika itu. Saya tanya dia apa benda ni, inilah jerut saya pun menganguk aje la pasal tak pernah tengok pun benda tu.  Jom ikut aku, apa lagi saya pun jalan la, biasanya ada satu anak sungai ditepi jalan basar antara Pekan Langkap menuju ke Teluk Intan. Sungai memang top kalau air naik disini la port kami menaik ikan pelbagai spesis menggunakan teknik jerut ni. Saya ini pada ketika itu masih lagi jadi pemungut ikan belum lagi memegang jerut untuk menikmati rentapan ikan beraksi. Seronok nya melihat ikan meliut-liut dan meronta apabila tersangkut kat jerut itu. Pada masa itu hampir satu guni ikan kami dapat kawan saya tak kisah dia bagi free je kebetulan pada pengguna jalan raya yang lalu singgah melihat aksi dan pesta menjerut ikan kami. Dia kata aku ambil sikit je saya pun sama juga yang lain bagi kat jiran-jiran yang suka makan ikan sungai. 

Begitulah sepintas lalu ceritanya bagaimana mengenali jerut dan minat dengan menangkap ikan.  Hari berganti hari bulan bertukar bulan tahun silih berganti, kini saya sudah dapat menguasai teknik menjerut ikan yang saya pelajari pengalaman bersama sahabat saya tu yang bernama Majid. Walaubagaimnapun saya bukanlah pakar penjerut, amatur je saya ni tapi boleh la naikkan ikan-ikan tu. Sekarang ini sahabat saya ni dah ade side income buat pekasam. Sekilo RM 10 je ada orang yang ambil bawa KL dah jadi RM 30. Memang rasa sedap pekasam tu kerana dibuat dari ikan fresh. Saya ambil packing semula, kebetulan hari itu bawa kat sekolah tempat isteri saya mengajar x sangka pulak dapat sambutan habis 30 paket. Dia orang kata rasa ok sedap pembuka selera katanya.








No comments:

Post a Comment