Thursday, 20 September 2012

Apa Yang Difikir .....

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.  Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.    Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.  Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.  Semuanya bermula dari niat  untuk memilih bagaimana corak kehidupan yang dimahukan. Pemikiran kita boleh dalam keadaan positif atau negatif. Otak kita tidak boleh berfungsi serentak untuk memilih perasaan positif atau negatif sekaligus.

Jika kita memilih pemikiran negatif maka minda bawah sedar kita akan mencari seribu alasan untuk membenarkan pilihan kita. MIsalnya kita memilih untuk berduka cita. Maka minda bawah sedar kita akan mencari apa sahaja alasan, peristiwa atau mode yang menambahkan lagi penderitaan kita. Semakin lama semakin menebal sehinggakan ianya datang bertalu-talu menjadi kita merasakan perasaan yang tidak selesa dan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Sehingga apabila keadaan ini tidak terkawal akan menyebabkan stres serta boleh mengalami kemurungan.

Perlunya membuat pilihan untuk ceria,positif dan bergembira dengan kehidupan.

1)    Sentiasa menjangkakan mendapat yang terbaik dalam hidup.
2)    Benar-benar tahu kehendak dan  pastikan akan perolehinya.
3)    Mulakan hari pada malam sebelumnya dengan menanamkan benih pemikiran yang positif apa yang akan kerjakan pada esoknya.
4)    Pastikan matlamat  bukan sahaja untuk mengembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping diri kita kerana kegembiraan bergantung kepada sejauhmana dapat mengembirakan orang lain.
5)    Sentiasa mengambil berat buatkan orang lain tersenyum, nescaya anda akan tersenyum riang.
6)    Sentiasa tersenyum dan bertanya khabar pada orang lain.
7)    Jangan kedekut Puji dan hargai dengan ikhlas jika mereka layak mendapatkanya.
8)    Buat bayangan minda yang diri selalu ceria, gembira dan bersikap positif di mana sahaja berada.
9)    Sentiasa merasakan, memikirkan dan mempercayai bahawa anda adalah orang yang bertuah dan beruntung.
10)   Jangan mengutuk diri tetapi baikilah kelemahan.
11)    Menerima kelemahan dan keburukan anda dan berharap serta berusaha untuk menambah baik.
12)    Sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mengenangkan hal yang lalu.
13)    Nikmatilah saat-saat hidup anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
14)    Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri.
15)    Ambil masa setiap hari untuk mengimpikan kebahagiaan. Cari langkah-langkah bagaimana untuk memenuhi impian,  dan lakukan dengan penuh ketabahan.
16)    Sentiasa berani untuk membuat sasaran yang tinggi. Letakkan standard yang tinggi pada diri. Dapat mencapainya dengan ilmu dan mempelajari kemahiran tertentu serta yang penting mesti dipraktikkan.
17)    Sikap adalah segala-galanya.
18)    Disiplin diri adalah kuncinya untuk sentiasa bersikap positif.
19)    Nikmatilah dan hargai nafas segar yang dihirup dan pancaran mtahari yang masih dapat saksikan. da beruntung kerana setiap hari adalah hari yang baru maka hargailah hari-hari mendatang kurniaan Illahi.
20)    Terimalah setiap peristiwa dengan mata hati positif, segalanya adalah baik untuk  jika kita melihat dengan kaca mata positif.
21)    Sentiasa HIDUPKAN IMPIAN dengan memanjatkan doa untuk kebaikkan dunia dan akhirat

 

No comments:

Post a Comment