Oleh : Tun Dr Mahathir
TUN DR, MAHATHIR ....
" Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan datang alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri "
Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu tidak tahu bersyukur, begitu mudah lupa, begitu mudah diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah. Izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kekecapan, tidak terdaya mempertahankan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka dinegeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih pada ketika itu secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak menjadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dengan itu orang asing dari India dan Cina dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap. Apabila datangnya Jepun orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa menjadi penjual pisang, ditepi jalan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa metatang seketul batu yang besar sehingga pening dan jatuh. Mereka juga diarah memanjat pohon kelapa untuk mendapatkan buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun itu. Tanpa bertanya sedikitpun pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu. Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Dibawah pemerintahan Siam orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat seorang tua Melayu yang tidak turun dari basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, di tendang di kepala oleh askar Siam. Apabila lagu berhenti ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa orang Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang jatuh itu. Akibat daripada pejajahan maka apa sahaja diperlakukan kepada orang yang dijajah ketika itu.
Kemudian British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan takhta mereka jika tidak menandatangani perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Bila raja-raja Melayu menandatangani perjanjian tersebut diturunkan pangkat menjadi kadi besar negeri mereka. Cadangan Melayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan menjadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Melayan Union British.
Dalam keaadan orang Melayu begitu miskin dan tidak berilmu pengetahuan serta tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpahnya darah orang Melayu. Mereka akan menjadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka. Alhamdulilah disaat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka. Mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja-raja masing-masing atau keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancanga Melayan Union Brisith. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah bahagi berkenaan penolakan Melayan Union. Justeru itu Brisith mengugurkan rancangan mereka dan mengembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki Brisith kepada orang Melayu. Dengan itu terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

orang melayu skang suka dengki mendengki..fitnah memfitnah sesama sendiri..sedangkan kaum lain bergelak sakan menanti robohnya pemerintahan melayu...
ReplyDelete